Bakat
Fokus utama kategori ini adalah kepada individu atau calon yang menyertai program ADI. Bakat merujuk kepada warganegara Malaysia, termasuk lepasan sekolah, graduan TVET atau universiti, golongan rentan, OKU, suri rumah, dan penganggur, yang mencari peluang pekerjaan sambil meningkatkan kemahiran.
Kategori ini menjelaskan secara terperinci syarat-syarat penyertaan program, termasuk had umur (18 hingga 40 tahun) dan keperluan untuk LULUS ujian saringan ADI (kemahiran menulis, membaca, dan mengira - 3M). Ia juga menggariskan manfaat utama yang diterima oleh bakat, iaitu penempatan kerja, penerimaan GAJI sepadan (gaji minimum penuh), INSENTIF daripada Kerajaan, pengalaman bekerja, dan penganugerahan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau Diploma Profesional.