Panduan Melengkapkan Profil Bakat


1.     Akses Profil

a.     Cari dan klik pilihan 'Profil' yang terletak di sebelah kiri papan pemuka (dashboard).

b.     Beberapa bahagian profil akan terpapar sebagai senarai menu lungsur (dropdown) dari kotak 'Profil' tersebut.

Klikpada'MaklumatPeribadi'untukmemulakanbahagianpertamaprofil.

  1. Bahagian Maklumat Peribadi C Kesihatan

a.     Di dalam bahagian Maklumat Peribadi (bahagian ini terbahagi kepada tiga sub-bahagian):

i.     Gambar Profil: Gambar profil boleh diubah di sini. Secara lalai, gambar profil umum telah dihasilkan. Bahagian ini boleh dilangkau jika Bakat tidak ingin menukar gambar profil.

ii.     Maklumat Peribadi:

1.     Kebanyakan ruangan telah diisi berdasarkan maklumat yang diberikan semasa pendaftaran.

2.     Anda hanya perlu mengisi atau mengemas kini ruangan berikut:

a.     Alamat (Baris 1): Isikan ruangan ini dengan alamat rumah Bakat.

b.     Alamat (Baris 2): Ruangan ini adalah pilihan (optional) dan boleh dilangkau.

c.     Poskod: Telah diisi semasa pendaftaran, tetapi boleh dikemas kini di sini jika perlu.

d.     Nombor Telefon: Telah diisi semasa pendaftaran, tetapi boleh dikemas kini di sini jika perlu.

iii.      Bahagian Kesihatan:

1.     Adakah anda mempunyai kecacatan kekal?

a.     Jika Tidak, pilih 'Tidak' dan teruskan.

b.     Jika Ya, sila pilih pada pilihan yang diberikan di bawah.

2.     Adakah anda mempunyai sebarang kecederaan fizikal?

a.     Jika Tidak, pilih 'Tidak' dan teruskan.

b.     Jika Ya, sila pilih pada pilihan yang diberikan di bawah.

b.     Setelah selesai, klik butang "Teruskan" untuk ke bahagian seterusnya.

2.     Bahagian Maklumat Akademik

a.     Di dalam bahagian Maklumat Akademik:

i.     Jika Bakat mempunyai sebarang maklumat pendidikan atau sijil profesional, maklumat boleh ditambah di sini.

ii.     Jika tiada, bahagian ini boleh dilangkau dengan mengklik butang "Teruskan" di bahagian bawah.

iii.      Jika anda ingin menambah maklumat, isikan butiran berikut:

1.     Pendidikan Tertinggi: Pilih tahap pendidikan tertinggi dari pilihan yang diberikan.

2.     Bidang Pengajian: Isikan ruangan dengan bidang pengajian kelayakan tersebut.

3.     Institusi: Isikan ruangan dengan nama institusi.

4.     Tahun Tamat: Pilih tahun tamat pengajian.


5.     CGPA/Gred: Isikan ruangan dengan gred atau CGPA yang diperolehi.

6.     Sijil Profesional: Ruangan ini adalah pilihan (optional), dan boleh diisi dengan sijil profesional yang berkaitan dengan pendidikan tersebut.

iv.      Maklumat pendidikan tambahan boleh dimasukkan dengan mengklik butang "+ Tambah" di bahagian atas.

v.      Setelah selesai, klik butang "Teruskan" untuk ke bahagian seterusnya.

3.     Bahagian Pengalaman Kerja

a.     Di dalam bahagian Pengalaman Kerja:

i.     Bahagian ini boleh diisi dengan pekerjaan lampau Bakat yang sedia ada. Jika Bakat tidak mempunyai pengalaman kerja lampau, bahagian ini boleh dilangkau dengan mengklik butang "Teruskan" di akhir bahagian.

ii.     Jika anda ingin menambah pengalaman kerja, isikan butiran berikut:

1.     Jawatan: Isikan ruangan dengan nama jawatan kerja lampau.

2.     Syarikat: Isikan ruangan dengan nama syarikat tempat kerja lampau.

3.     Tarikh Mula: Pilih tarikh mula bekerja. Tarikh boleh dipilih dengan mengklik ikon kalendar dan memilih tarikh daripada kalendar yang terpapar.

4.     Tarikh Tamat: Pilih tarikh tamat bekerja. Tarikh boleh dipilih dengan mengklik ikon kalendar dan memilih tarikh daripada kalendar yang terpapar. Nota: Jika pekerjaan ini adalah Pekerjaan Semasa anda (anda masih bekerja di sana), ruangan ini boleh dibiarkan kosong atau tandakan pilihan yang disediakan (jika ada) untuk menunjukkan status pekerjaan semasa.


5.     Tempoh: Ruangan ini akan terisi secara automatik berdasarkan pengiraan tarikh mula dan tarikh tamat.

6.     Tugas Utama: Isikan ruangan ini dengan tanggungjawab utama kerja lampau. Bantuan AI boleh digunakan untuk menambah baik perincian tanggungjawab yang ditulis; klik butang "Jana AI" untuk meminda semula kandungan. Nota: Anda mesti mengisi ruangan 'Jawatan' terlebih dahulu sebelum butang "Jana AI" boleh digunakan.

iii.      Pengalaman kerja tambahan boleh ditambah dengan mengklik butang "+ Tambah" di bahagian atas.

iv.      Setelah selesai, klik butang "Teruskan" untuk ke bahagian seterusnya.

4.     Bahagian Pilihan Kerjaya

a.     Di dalam bahagian Pilihan Kerjaya:

i.     Bahagian ini memerlukan Bakat untuk memilih bidang kerja yang diminati:

1.     Setiap bidang kerja boleh dipilih dengan mengklik padanya.

2.     Bahagian ini memerlukan Bakat untuk memilih bidang kerja yang diminati. Anda mesti memilih minimum satu (1) hingga maksimum lima (5) bidang kerja untuk meneruskan.

3.     Pilihan ini digunakan oleh AI untuk memilih dan mencadangkan pekerjaan yang relevan dengan minat Bakat.

ii.     Setelah selesai, klik butang "Teruskan" untuk ke bahagian seterusnya.

5.     Bahagian Sijil C Pencapaian (Akhir)

a.     Di dalam bahagian Sijil C Pencapaian:

i.     Bahagian ini adalah untuk Bakat menambah pensijilan yang dimiliki:

1.     Klik butang "+ Tambah" untuk menambah sijil yang dimiliki Bakat.

2.     Nama Sijil: Isikan dengan nama pensijilan tersebut.

3.     Jenis Kelulusan: Pilih jenis kelulusan dari pilihan yang disediakan (e.g., Akademik, Kemahiran).

4.     Peringkat Pengajian: Pilih jenis Peringkat Kelayakan dari pilihan yang disediakan (e.g., SKM Tahap 3, Diploma).

5.     Tahun Diperoleh: Isikan dengan tahun Bakat memperoleh sijil.

6.     Pengeluar Sijil: Isikan dengan nama organisasi yang mengeluarkan sijil.

7.     Muat Naik Fail Sijil: Muat naik satu salinan lembut (soft copy) sijil tersebut. Nota: Sekiranya anda memuat naik fail baharu, ia akan menggantikan fail yang telah dimuat naik sebelum ini.

8.     Setelah selesai, klik butang "+ Tambah Sijil" untuk menyimpan dan menambah sijil tersebut.

ii.     Mengurus Sijil Yang Telah Ditambah: Setelah sijil berjaya ditambah, tiga ikon tindakan akan tersedia pada setiap entri sijil:

1.     Ikon Mata (Lihat): Butang ini digunakan untuk melihat atau mempratonton (preview) salinan lembut sijil yang telah dimuat naik.


2.     Ikon Muat Turun (Download): Butang ini digunakan untuk memuat turun salinan sijil (fail) ke peranti Bakat.

3.     Ikon Sampah (Padam/Delete): Butang ini digunakan untuk memadam rekod sijil tersebut daripada profil Bakat secara kekal.

iii.      Setelah selesai, klik "Teruskan ke Ujian Saringan" untuk ke langkah seterusnya.

iv.      Apabila semua bahagian dalam menu lungsur profil mempunyai tanda semak (tick) di sebelah namanya, ini menunjukkan bahawa profil Bakat telah dilengkapkan.