Soalan (Q): Apakah langkah-langkah yang perlu saya ambil untuk menerima tawaran kerja yang berada dalam status Menunggu Maklum Balas?

  1. Semak Butiran Tawaran: Laman akan memaparkan semua butiran jawatan, terma, dan Faedah. Sila semak dengan teliti.

  2. Muat Turun Dokumen: Klik butang 'Muat Turun Surat Tawaran' untuk mendapatkan salinan dokumen tawaran rasmi dari syarikat.

  3. Tindakan Luar Sistem (Tandatangan): Sila tandatangan Surat Tawaran yang telah dimuat turun itu di luar sistem (secara fizikal atau digital).

  4. Muat Naik Surat Bertandatangan: Klik butang 'Muat Naik Surat Bertandatangan' untuk memuat naik semula dokumen yang telah anda tandatangan ke dalam sistem.

  5. Notifikasi Kejayaan: Selepas muat naik berjaya, kotak hijau akan muncul mengesahkan dokumen telah dimuat naik.

  6. Pengesahan Penerimaan Rasmi: Setelah dokumen bertandatangan berjaya dimuatnaik, klikbutang 'TerimaTawaran' yang terletak di bahagian bawah skrin. Tindakan ini secara rasmi menghantar penerimaan anda kepada syarikat.

  7. Status Selepas Penerimaan:

a.     Setelah butang 'Terima Tawaran' ditekan, status tawaran akan berubah kepada 'Menunggu syarikat terima'.

b.     Ini bermakna tawaran kini berada dalam tangan syarikat untuk pengesahan akhir.

c.     Tawaran akan berpindah ke status 'Diterima' setelah syarikat meluluskan penerimaan anda.