i. 1. Pendaftaran Awal
a. Cari dan klik butang yang bertulis "Daftar Sekarang" yang terletak di bahagian atas laman web.
b. Cari and kilk butang yang bertulis “Bakat”.
2. Bahagian Maklumat Peribadi
a. Di dalam ruangan Maklumat Peribadi pada borang pendaftaran, sila isikan butiran berikut:
i. Nama Penuh: Isikan ruangan ini dengan nama penuh Bakat.
ii. Nombor Kad Pengenalan: Isikan ruangan ini dengan nombor kad pengenalan (IC) Bakat.
ii. Alamat Emel: Isikan ruangan ini dengan alamat emel Bakat.
iii. Nombor Telefon: Isikan ruangan ini dengan nombor telefon Bakat.
iv. Jantina: Sila pilih jantina Bakat dari pilihan yang disediakan.
v. Agama: Sila pilih agama Bakat dari pilihan yang disediakan.
vi. Bangsa: Sila pilih bangsa Bakat dari pilihan yang disediakan.
b. Setelah selesai mengisi semua butiran di atas, klik butang "Seterusnya" untuk meneruskan ke bahagian seterusnya.
2. Bahagian Pendidikan C Lokasi
a. Di dalam ruangan Pendidikan C Lokasi, sila isikan butiran berikut:
i. Tahap Pendidikan: Sila pilih tahap pendidikan tertinggi yang telah dicapai oleh Bakat dari pilihan yang disediakan.
ii. Poskod: Isikan ruangan ini dengan poskod alamat rumah Bakat.
iii. Daerah: Bahagian ini dijangka akan terisi secara automatik berdasarkan Poskod yang dimasukkan. Jika tidak, sila isikan dengan bandar atau daerah tempat tinggal Bakat.
iv. Negeri: Bahagian ini dijangka akan terisi secara automatik berdasarkan Poskod yang dimasukkan. Jika tidak, sila isikan dengan negeri tempat tinggal Bakat.
b. Setelah selesai mengisi semua butiran, klik butang "Seterusnya".
3. Bahagian Keselamatan C Pengesahan
a. Di dalam ruangan Keselamatan C Pengesahan, sila isikan butiran kata laluan:
i. Kata Laluan: Masukkan kata laluan Bakat di ruangan ini.
1. Kata laluan mesti memenuhi syarat berikut:
v Minimum 8 aksara.
v Sekurang-kurangnya 1 huruf Huruf Besar.
v Sekurang-kurangnya 1 huruf huruf kecil.
v Sekurang-kurangnya 1 Nombor.
v Sekurang-kurangnya 1 Aksara Khas.
ii. Sahkan Kata Laluan: Taip semula kata laluan Bakat di ruangan ini untuk pengesahan.
b. Sila tandakan (tick) untuk menerima kedua-dua terma dan syarat serta Akta Perlindungan Data Peribadi.
c. Setelah selesai, klik butang "Daftar".
d. Jika anda melihat mesej kejayaan, ini bermakna pendaftaran anda telah berjaya. Anda boleh klik 'Ok' untuk meneruskan.
4. Pengesahan Emel dan Pengaktifan Akaun
a. Di halaman seterusnya, anda akan disambut dengan notifikasi Pengesahan Emel:
i. Sila buka peti masuk (inbox) alamat emel Bakat yang telah digunakan.
ii. Cari emel daripada alamat emel rasmi ADI.
iii. Di dalam emel tersebut, klik pada pautan "Aktifkan Akaun".
iv. Sekiranya emel tidak dijumpai di dalam peti masuk, anda boleh meminta emel pengesahan dihantar semula dengan mengklik butang "Hantar Semula Emel Pengesahan" di laman web.
b. Setelah mengklik pautan di emel, Bakat akan dibawa ke Papan Pemuka (Dashboard) Bakat. Ini menandakan bahawa Bakat telah berjaya mendaftar akaun mereka.