Akses Jawatan Kosong: Navigasi ke menu 'Jawatan Kosong' di panel sebelah kiri.
Cari dan Tapis: Gunakan medan carian 'Cari Jawatan/Syarikat' dan tapis mengikut Sektor dan Lokasi di bahagian atas skrin.
Kategori Pekerjaan: Semak tab yang berbeza:
a) Pelbagai Kerja Terkini: Senarai jawatan kosong yang baharu diiklankan.
b) Cadangan AI: Jawatan yang disyorkan berdasarkan Profil dan Pilihan Kerjaya anda.
c) Dihantar: Jawatan yang telah anda mohon.
d) Kerja Kegemaran: Senarai jawatan yang telah anda tandakan sebagai 'Favorite' (menggunakan ikon hati atau heart icon) untuk rujukan kemudian.
Butiran dan Permohonan: Klik butang 'Lihat Butiran' pada mana-mana jawatan untuk membaca perihalan kerja terperinci.
Klik butang “Mohon” yang berwarna biru pada kad jawatan untuk menghantar permohonan anda. Selepas permohonan dihantar, Bakat perlu menunggu maklum balas daripada syarikat untuk proses saringan atau temuduga selanjutnya. Status permohonan akan dipaparkan sebagai “Dihantar” atau “sedang Diproses".
Label Jawatan: Perhatikan label seperti ADI atau CH yang menunjukkan kaitan jawatan dengan program ADI atau Clearing House.