Pengurusan Dokumen (Sejarah Pekerjaan)

  1. Akses Menu Dokumen: Navigasi ke menu 'Dokumen' di panel sebelah kiri.

  2. Semak Bahagian: Laman ini memaparkan dua bahagian utama iaitu Pekerjaan Semasa dan Sejarah Pekerjaan Terdahulu.

  3. Semak Pekerjaan Semasa: Bahagian ini menunjukkan maklumat dan dokumen yang berkaitan dengan pekerjaan anda sekarang (jika ada).

  4. Akses Dokumen Pekerjaan Terdahulu:

a)     Cari entri pekerjaan yang dikehendaki di bawah bahagian Sejarah Pekerjaan Terdahulu.

b)     Klik pada ikon anak panah lungsur (dropdown) di sebelah kanan setiap entri pekerjaan.

c)     Ini akan memaparkan dokumen-dokumen penting yang berkaitan dengan pekerjaan tersebut di bawah ruangan 'Dokumen Tersedia'.

d)     Anda boleh klik pada dokumen-dokumen di bawah Dokumen Tersedia untuk melihat atau memuat turunnya.

  1. Jumlah Entri: Bahagian bawah skrin menunjukkan jumlah entri pekerjaan yang direkodkan (Contoh: Menunjukkan 2 entri pekerjaan).