Syarat Kelayakan Insentif Bakat
Syarikat perlu membuat tuntutan di portal Akademi Dalam Industri dan sistem akan memaklumkan secara automatik sama ada bakat layak insentif atau tidak. Untuk tuntutan, syarikat perlu memuatnaik dokumen sokongan seperti Surat Tawaran Bakat, Penyata Bank, dan Audited Account. Syarat pembayaran kedua dan ketiga memerlukan syarikat mengemukakan bukti caruman PERKESO calon.