Pemulangan Insentif

Sekiranya calon menamatkan latihan lebih awal (penarikan diri atau diberhentikan kerja), syarikat hendaklah memaklumkan kepada MPC dan JPK. Calon tidak layak menerima insentif fasa seterusnya. Jika bakat berhenti, syarikat perlu menekan butang Pemulangan Insentif di portal, memuat naik Resit Bank Transfer ke akaun MPC, dan sistem akan mengira jumlah insentif yang perlu dipulangkan.