Model Latihan dan Tempoh

Program ini berorientasikan pekerjaan, berkonsepkan Place and Train (bekerja sambil belajar), di mana latihan menggabungkan amali (80%) dan teori (20%). Latihan teori (20%) boleh dilaksanakan di syarikat atau Pusat Latihan. Tempoh latihan penuh bergantung pada tahap: SKM Tahap 3 adalah maksimum 18 bulan; DKM (Tahap 4) adalah maksimum 30 bulan; dan DLKM (Tahap 5) adalah maksimum 42 bulan.