Kewajipan dan Tanggungjawab Syarikat
Syarikat perlu mendaftar di portal ADI untuk menjadi rakan strategik. Syarikat mesti mengeluarkan surat tawaran bekerja kepada bakat, sebagaimana pekerjaan biasa. Syarikat perlu membayar gaji sekurang-kurangnya gaji minimum kepada bakat. Latihan kemahiran dijalankan berkonsepkan Place and Train dengan nisbah 30% teori dan 70% praktikal. Untuk tuntutan insentif, syarikat perlu mendaftarkan nama bakat di portal ADI (Sistem MPC) dan MySpike (Sistem JPK).