Apabila bakat sudah menerima tawaran kerja dan memuat naik surat tawaran bertandatangan, maklumat bakat akan dipaparkan di tab Diambil.
Di sini, syarikat perlu melengkapkan dua perkara penting:
Muat naik dokumen berkaitan semasa program berjalan, dan
Kemaskini status perkhidmatan bakat (jika berhenti / tarik diri).
Kedua-dua bahagian ini akan memberi kesan terus kepada kelayakan insentif.
Butang Tambah Dokumen digunakan untuk memuat naik dokumen yang diperlukan sepanjang program.
Contoh dokumen yang perlu dimuat naik:
Slip kehadiran / attendance
Bukti latihan
Dokumen HR berkaitan
Sijil / bukti pencapaian
Laporan ringkas prestasi
Dokumen ini penting kerana ia digunakan untuk pengesahan insentif oleh MPC pada setiap fasa.
Butang Kemaskini Status Diterima Bakat digunakan untuk menukar status bakat selepas mereka mula bekerja.
Status yang boleh dipilih:
Bekerja seperti biasa (aktif)
Berhenti kerja
Tarik diri daripada program