Selepas anda mencipta jawatan, semua jawatan tersebut akan dipaparkan di halaman Senarai Jawatan.
Di sini, syarikat boleh memantau status iklan, permohonan bakat, dan proses tawaran kerja.
Pada halaman Senarai Jawatan, anda akan dapat melihat maklumat ringkas jawatan dan statistik setiap jawatan.
Apabila terdapat bakat yang memohon:
i. Klik Lihat Bakat pada jawatan yang berkaitan.
ii. Anda boleh menyemak:
Profil lengkap bakat
Resume AI
Pendidikan & pengalaman
Maklumat kelayakan
Di sini anda boleh membuat keputusan sama ada untuk menawarkan atau menolak permohonan.
3: Tawarkan Kerja
Jika syarikat ingin mengambil bakat tersebut:
i. Klik Tawarkan Kerja.
ii. Muat naik Surat Tawaran Kerja syarikat bagi jawatan tersebut.
iii. Tunggu bakat untuk menyemak dan menerima tawaran.
Apabila bakat menerima: Bakat akan memuat naik surat tawaran yang telah ditandatangani.
4: Istiharkan & Terima Bakat
Selepas bakat menerima tawaran, syarikat perlu:
i. Klik Istiharkan & Terima untuk mengesahkan penyertaan bakat dalam program ADI.
ii. Sistem akan memproses maklumat bakat untuk menentukan sama ada layak menerima insentif.


