Sebelum anda mencipta jawatan dalam sistem ADI, syarikat wajib mengenal pasti NOSS yang betul bagi jawatan tersebut. Ini penting supaya:
Insentif tidak salah kategori
Proses pentauliahan/kursus berjalan mengikut standard
Penempatan bakat lebih tepat
Jika syarikat belum pasti NOSS yang sesuai, anda boleh membuat temu janji sesi coaching bersama MPC.
Pada halaman Temu Janji, anda akan lihat dua jenis sesi:
i. Sesi Bimbingan Pemilihan NOSS [SKM Sahaja]
Sesi coaching untuk membantu syarikat menentukan NOSS yang paling sesuai berdasarkan jenis kerja, skop tugas dan kemahiran yang diperlukan.
Pilih sesi ini jika:
Anda belum pasti NOSS untuk jawatan
Anda mahu pastikan insentif syarikat tidak salah
Anda memerlukan pengesahan daripada MPC
Klik: Pilih Sesi Bimbingan
ii. Sesi Pembangunan Personel & Modul
Sesi taklimat untuk memahami:
Pelaksanaan ADI
Keperluan bahan / modul latihan
Peranan personel syarikat
Klik: Pilih Sesi Personel jika anda melibatkan personel syarikat dalam proses program ADI.
2: Pilih Tarikh & Masa
i. Pilih tarikh yang tersedia (ada warna mengikut jenis sesi)
ii. Lihat maklumat sesi seperti:
Lokasi (kebiasaannya dalam talian)
Masa
Slot tersedia
iii. Klik sesi yang anda mahu hadiri
iv. Tekan Daftar / Sertai untuk mengesahkan penyertaan
Selepas sesi bimbingan MPC:
Anda akan dimaklumkan NOSS yang disahkan
Anda boleh mula Cipta Jawatan dalam modul Jawatan
Insentif dan proses program akan berjalan dengan betul