Bahagian ini digunakan untuk mengisi maklumat asas operasi syarikat. Maklumat yang diisi di sini akan digunakan dalam proses semakan dan akan dipaparkan semula dalam SST (Surat Setuju Terima).
Pastikan semua maklumat adalah tepat sebelum meneruskan.
i. Sila lengkapkan maklumat berikut:
Sektor: Pilih sektor utama operasi syarikat.
Ditubuhkan Pada: Isi tarikh syarikat ditubuhkan seperti yang tertera dalam dokumen rasmi SSM.
Hasil Jualan Tahunan (RM): Masukkan jumlah hasil jualan tahunan syarikat berdasarkan penyata kewangan yang telah diaudit, termasuk SST jika berkaitan.
Adakah organisasi anda memerlukan bakat? Pilih jawapan: Ya/ Tidak
Unjuran Bakat: Masukkan anggaran jumlah bakat yang diperlukan.
Jenis Pensijilan: Medan ini dikunci dan dipaparkan berdasarkan kelayakan syarikat semasa pendaftaran.
Logo Syarikat: Muat naik logo rasmi syarikat. Logo ini akan digunakan dalam paparan ADI dan dokumen berkaitan.
Kategori Penerima: Pilih kategori penerima yang berkaitan. Anda boleh memilih lebih daripada satu. [SKM Sahaja]
Pentauliahan (SKM)
Pengalaman (SKM) – Jika memilih kategori ini, syarikat perlu memastikan bakat melengkapkan e-learning wajib.
ii. Klik Simpan selepas semua maklumat lengkap.
iii. Klik Kembali jika ingin semak maklumat sebelum meneruskan.