Bahagian Sijil ADI memaparkan semua sijil rasmi yang anda peroleh sepanjang penglibatan anda dalam program Akademi Dalam Industri (ADI).
Sijil ini hanya akan muncul selepas anda:
Menamatkan sesuatu modul / kursus
Lulus penilaian atau ujian berkaitan
Disahkan oleh pihak ADI atau penyedia latihan
i. Pada menu sisi, tekan Sijil ADI.
ii.Anda akan melihat senarai sijil yang telah berjaya anda peroleh.
Setelah anda berjaya menamatkan latihan atau kursus yang disertakan dalam ADI:
Sijil akan dimuat naik secara automatik ke halaman ini.
Anda boleh muat turun, cetak, atau simpan untuk kegunaan masa depan seperti permohonan kerja atau sambung belajar.