Untuk membolehkan anda memohon mana-mana jawatan dalam sistem ADI, anda perlu melengkapkan profil bakat dan lulus Ujian Saringan terlebih dahulu.
Sebelum memohon kerja, pastikan anda telah:
Lengkapkan Profil Bakat
Melengkapkan Ujian Saringan
Lulus ujian dengan markah sekurang-kurangnya 60%
Jika tidak lulus, anda masih boleh ulang ujian pada bila-bila masa untuk menaikkan skor dan mendapatkan akses penuh kepada peluang kerja.
i. Tekan butang Jawatan Kosong di halaman Ujian Saringan atau dari penjuru kiri, pada bahagian Operasi Utama, tekan Jawatan Kosong
ii. Anda akan dibawa ke halaman Jawatan Kosong.
i. Pada bahagian ini, anda boleh cari berdasarkan:
Nama jawatan
Nama syarikat
Lokasi
Sektor kerja
Gunakan penapis untuk hasil lebih tepat:
Pilih sektor (contoh: Makanan, Automotif, Digital ICT)
Pilih lokasi negeri/kawasan
i. Pilih mana-mana jawatan yang anda minati.
ii. Klik Lihat Butiran.
Pastikan anda membaca semuanya sebelum memohon.
i. Klik butang Mohon pada jawatan pilihan anda.
ii. Tekan Hantar Permohonan untuk mengesahkan.
iii.Tekan tab Dihantar untuk melihat semua jawatan yang anda telah mohon dan status permohonan anda.
Tekan tab Cadangan AI untuk melihat jawatan yang dicadangkan sistem berdasarkan:
Profil anda
Kemahiran anda
Keputusan Ujian Saringan anda
Ini membantu anda mencari jawatan yang lebih sesuai dan meningkatkan peluang dipanggil temu duga.
Simpan jawatan sebagai kegemaran
Tekan ikon ❤️ pada mana-mana jawatan untuk menyimpannya dalam senarai Kegemaran.
Anda boleh rujuk semula jawatan yang anda minati pada bila-bila masa.