Dalam bahagian Maklumat Akademik, anda perlu mengisi maklumat pendidikan dan sijil profesional (jika ada). Bahagian ini membantu ADI memadankan anda dengan peluang kerja dan latihan yang bersesuaian.
i. Isi maklumat berikut:
Pendidikan Tertinggi: Pilih tahap pendidikan terakhir anda (contoh: SPM, Diploma, Ijazah).
Bidang Pengajian: Contoh: Teknologi Maklumat, Kejuruteraan, Perakaunan.
Institusi: Nama sekolah, kolej, universiti, atau pusat latihan.
Tahun Tamat: Pilih tahun anda menamatkan pengajian.
CGPA / Gred :Contoh: 3.85 atau A (jika berkaitan).
Sijil Profesional (Pilihan): Isi jika anda mempunyai sijil tambahan seperti CIDB, MQA, Microsoft, dan lain-lain.
ii. Klik butang + Tambah di bahagian atas. (jika ada)
iii. Klik Simpan untuk menyimpan maklumat akademik sementara.
iv. Klik Teruskan untuk bergerak ke bahagian seterusnya dalam profil iaitu Pengalaman Kerja.