Selain mendaftar akaun secara manual, pengguna juga boleh log masuk menggunakan tiga kaedah mudah berikut:

i. Pada halaman log masuk, klik butang Log Masuk dengan Google.
ii. Pilih akaun Google anda daripada senarai atau masukkan emel Gmail anda.
iii. Berikan kebenaran yang diperlukan (jika diminta).
iv. Anda akan terus dibawa masuk ke akaun ADI anda.
Jika ini kali pertama anda menggunakan Google Login, sistem akan mencipta akaun ADI secara automatik berdasarkan maklumat Google anda.

i. Klik butang Log Masuk dengan Apple.
ii. Masukkan Apple ID anda, atau pilih Apple ID yang sedia ada pada peranti.
iii. Sahkan log masuk menggunakan Face ID / Touch ID / kata laluan Apple.
iv. Anda akan diarahkan ke akaun ADI anda.
Jika ini kali pertama anda menggunakanApple Login, sistem akan tetap mencipta akaun ADI untuk anda.

i. Klik butang Log Masuk dengan MyDigital ID.
ii. Anda akan dibawa ke halaman rasmi MyDigital ID.
iii. Log masuk menggunakan ID dan kata laluan MyDigital ID anda.
iv. Sahkan pengesahan identiti (contoh: OTP atau face verification jika diminta).
v. Selepas berjaya, anda akan dibawa kembali ke ADI sebagai pengguna yang disahkan.
MyDigital ID memberikan pengesahan identiti yang lebih tinggi dan boleh digunakan untuk akses lebih selamat dalam sistem ADI.