Selepas pendaftaran akaun Bakat berjaya, pengguna perlu melengkapkan profil bagi membolehkan akses penuh kepada fungsi Akademi Dalam Industri (ADI), termasuk pemadanan kerja, insentif dan latihan.
Buka aplikasi ADI
Pada skrin log masuk, masukkan:
Alamat Emel
Kata Laluan
Ketik Log Masuk
Setelah berjaya log masuk, pengguna akan dibawa ke halaman Profil Bakat.
Pada halaman Profil, sistem akan memaparkan:
Peratusan Kemajuan Profil (contoh: 40%, 80%, 100%)
Senarai bahagian profil yang perlu dilengkapkan:
Maklumat Peribadi
Maklumat Akademik
Pengalaman Kerja
Pilihan Kerjaya
Sijil & Pencapaian
Ketik mana-mana bahagian untuk mula mengemas kini maklumat.

Isi atau semak maklumat berikut:
Gambar Profil
Nama Penuh
Nombor MyKad
Jantina
Agama
Ketik Simpan untuk meneruskan.

Masukkan maklumat akademik tertinggi:
Pendidikan Tertinggi
Bidang Pengajian
Institusi
Tahun Tamat
CGPA / Gred (jika berkaitan)
Pengguna boleh menambah lebih daripada satu rekod akademik jika perlu.

Sekiranya mempunyai pengalaman kerja, isi maklumat berikut:
Jawatan
Nama Syarikat
Tarikh Mula
Tarikh Tamat
Tempoh Bekerja
Jika tiada pengalaman kerja, langkah ini boleh dilepasi.

Pilih bidang kerjaya yang diminati (maksimum seperti ditetapkan sistem):
Contoh:
Automotif
Elektrikal & Elektronik
Digital ICT
Sains Hayat & Teknologi Perubatan
Perkhidmatan Global & Profesional
dan lain-lain
Pilihan ini digunakan untuk pemadanan jawatan dan latihan yang bersesuaian.

Tambah sijil berkaitan untuk mengukuhkan profil:
Nama Sijil
(contoh: Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3)
Jenis Kelulusan
Peringkat Pengajian
Tahun Diperoleh
Pengeluar Sijil
(contoh: Jabatan Pembangunan Kemahiran)
Muat naik sijil jika diperlukan.

Apabila semua bahagian dilengkapkan:
Status Kemajuan Profil akan menjadi 100%
Pengguna boleh mengakses:
AI Resume
Tawaran Kerja
Insentif
Dokumen & Ujian Saringan
Profil lengkap meningkatkan peluang pemadanan kerja dan penyertaan program ADI.